Pages

Wednesday, December 25, 2019

USUL AL-QIRAAT


Disini akan menerangkan beberapa usul qiraat yang belum anda tahui pada peringkat permulaan untuk mengenal apa itu usul qiraat?

Tajuk-Tajuknya:-
- Jenis-Jenis Qiraat.
- Rukun Qiraat.
- Mutawatir Qiraat Imam 10
- Kewajiban Penulisan Mashaf Al-Quran Dalam Rasm Uthmani.


 Jenis-jenis qiraat


 JENIS-JENIS QIRAAT DARI SUDUT SANAD


Di Malaysia khususnya,kaedah pembelajaran dan pengajaran ilmu tajwid lebih cenderung kepada Toriq al-Syatibi. Umat Islam di Malaysia membaca Qiraat حفص عن  عاصم menggunakan Toriq al-Syatibi.

pembahagian Qiraat itu terbahagi kepada beberapa bahagian besar. Imam Ibnu al-Jazari mengkategorikan Qiraat itu kepada enam jenis :

1.Qiraat Mutawatir


Ia itu Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari berlaku sebarang pendustaan, seperti Qiraat yang terdapat dalam Toriq al-Syatibi dan Toriq al-Jazari.

  2.Qiraat Masyhur 


Qira’at Masyhur adalah qiraat yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh beberapa orang yang adil dan kuat hafalannya, serta qiraatnya sesuai dengan salah satu rasam Usmani. Qiraat itu dari para imam qiraat  sabah, atau imam Qiraat asyarah ataupun imam-imam lain yang dapat diterima qiraat nya dan dikenal di kalangan ahli qiraat bahwa qiraat itu tidak salah dan bukan qiraat syaz.

Contohnya ialah qiraat yang diperselisihkan perawinya dari imam qiraat Sab’ah, dimana sebagian ulama mengatakan bahwa qiraat itu dirawikan dari salah satu imam qiraat Sabah dan sebagian lagi mengatakan bukan dari mereka.

Dua macam qiraat di atas, qiraat Mutawatir dan qiraat Masyhur, boleh dipakai untuk membaca al-Qur’an, baik dalam solat mahupun diluar solat, dan wajib meyakinkan ke al-Quranannya serta tidak boleh mengingkarinya sedikitpun.

3.Qiraat Ahad


Qiraat Ahad adalah qiraat yang sanadnya bersih dari cacat tetapi menyalahi rasam Utsamani dan tidak sesuai dengan kaidah bahasa Arab. Juga tidak terkenal di kalangan imam qiraat. Qiraat ahad ini tidak boleh dipakai unutuk membaca al-quran dan tidak wajib meyakininya sebagai al-quran.

 4.Qiraat Syazah 

Qiraat  Syazah adalah qiraat yang cacat sanadnya dan tidak bersambung sampai kepada Rasulullah SAW.

Hukum Qiraat Syazah ini tidak boleh dibaca di dalam mahupun di luar solat.
Qiraat Syazah terbahagi kepada 5 iaitu seperti berikut :

1.      Ahad-yaitu qira’at yang sanadnya sahih tetapi tidak sampai mutawatir dan menyalahi rasam Usmani atau kaedah bahasa Arab.

2.      Syaz-yaitu qira’at yang tidak mempunyai salah satu dari rukun yang tiga.

3.      Mudraj-yaitu qira’at yang ditambah dengan kalimat lain yang merupakan tafsirnya.

4.       Maudu’-yaitu qira’at yang dinisbahkan kepada orang yang mengatakannya (mengajarkannya) tanpa mempunyai asal usul riwayat qiraat sama sekali.

5.      Masyhur-yaitu qira’at yang sanadnya sahih tetapi tidak mencapai darjat yang mutawatir serta sesuai dengan kaedah tata bahasa Arab dan Rasam Usmani.


 5.Qiraat Maudhu'


Iaitu Qiraat yang yang direka-reka yang bukan diambil dari Rasulullah s.a.w.

 6.Qiraat As-Syabih Bil Mudra


Qiraat sabih bil mudraj adalh qiraat yang menyerupai keelompok mudraj dalam, hadis,yakni qiraat yang telah memperoleh sisipan atau tambahan kalimat yang merupakan tafsir dari ayat tersebut.


Qiraat Aahad, Qiraat Syaazah dan Qiraat Maudhu' tidak boleh dibaca kerana ianya bukan dinamakan al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Aahad, tetapi qiraat tersebut tidak terdapat dalam Rasm 'Uthmani.



RUKUN QIRAAT YANG DITERIMA

Terdapat khilaf antara ulama’ pada rukun qiraāt sahih yang diterima iaitu yang boleh dengannya Al-Qur’an dibaca didalam dan di luar solat. Sebahagian mereka menjadikan tiga rukun. iaitu:

 1.Bertepatan dengan bahasa Arab Faṣahah. 

2.Bertepatan dengan salah satu dari mushaf-mashaf Rasm Uthmani.
3.Sanadnya bersambung dengan bacaan Rasulullah s.a.w. (secara musyafahah).
Huraian bagi setiap syarat yang telah diletakkan oleh para ulama ini adalah seperti berikut:



Syarat Pertama
Iaitu Qira’at itu mesti selaras dengan Nahu bahasa Arab walau melalui salah satu sisi pandangnya. Al-Nuwairi telah memberi huraian mengenai ini katanya:

Maksudnya: “Iaitu menepati salah satu dari sisi-sisi pandang ilmu Nahu sama ada ia sisi pandang yang paling fasih (tepat) atau kurang fasih, yang disepakati atau diperselisihkan dengan perselisihan yang tidak memudaratkan”.


Syarat Kedua
Iaitu Qira’at itu mesti selaras dengan salah satu dari Mushaf Uthmani. Ini kerana pada zaman pemerintahan Uthman bin ’Affan, al-Quran telah disalin di dalam beberapa mashaf dan penyalinan tersebut adalah dalam bentuk bukan seratus peratus sama, akan tetapi ada tempat-tempat tertentu yang ditulis di dalam mashaf-mashaf tersebut berbeza di antara satu dari lainnya.

Syarat Ketiga
Iaitu Qira’at itu mesti mempunyai sanad yang sahih. Ini adalah pendapat Ibn al-Jazari, Makki bin Abi Talib[, dan Abu Shamah. Adapun pendapat majoriti ulama' mutawatir adalah syarat utama dalam persanadan suatu Qira’at. Masing-masing mempunyai hujah dalam memenangkan pendapat sendiri. Imam al-Nuwairi yang merupakan murid kepada Imam Ibn al-Jazari itu sendiri pun telah mengkritik gurunya itu ketika menghuraikan matan karangan Imam Ibn al-Jazari ”Toyyibah al-Nashr” sehingga menyifatkan pandangan gurunya itu sebagai menyalahi ijmak dan suatu kata-kata yang baru didengari.
MUTAWATIR QIRAAT IMAM 10




Definisi Mutawatir
Dari segi bahasa :

 Diambil dari perkataan ‘’tawatir” yang bermakna bersambung atau    berturutan.Diibaratkan seperti hujan yang turun (ulama’)


Dari segi istilah  : 

Diriwayatkan dalam bilangan yang ramai pada setiap tabaqat sanad dan mustahil bagi adat untuk menipu.

Para Ulamak membahagikan perkara ini kepada 3 :

1.Dipersetujui mutawatirnya dan tidak ada keraguan disisi ulamak.Ini dinamakan Qiraat 7.

2.Diragui mutawatirnya iaitu shahih masyhur Imam 3 iaitu Imam Abu Jaafar, Imam Yaakub,Imam khalaf (qiraat 10).Ia dinamakan Qiraat Ahad.

3.Qiraat syazzah

Keterangan tentang mutawatir Qiraat Imam sepuluh mempunyai banyak.

Antaranya ialah:-

 1.Ibnu Jazari berkata,Qiraat terbahagi kepada beberapa jenis.Antaranya ialah mutawatir,iaitu diriwayatkan oleh banyak orang yang tidak mungkin mereka bersepakat untuk berbohong sehingga ke akhir sanad.

2.Mutawatir daripada Nabi SAW,Disebutkan di dalam hadis bahawa Al-Quran diturunkan dalam 7 huruf.Ia mempunyai kaitan dengan Qiraat tujuh.Manakala dalil bagi Qiraat 10 ia diketahui secara dharuri dalam agama bahawa ianya diturunkan daripada Rasullah SAW.





KEWAJIBAN PENULISAN AL-QURAN DENGAN RASM UTHMANI




Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat pada rasm yang lain.Di antaranya factor kewajiban penulisan al-quran dengan rasm uthmani tersebut adalah seperti berikut :

1.Tauqifi daripada Rasulullah S.A.W.

Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah kepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu daripada Allah.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Najm ayat 1-4 yang berbunyi: Maksudnya: “Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad S.A.W yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah ).Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”.


2. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran.

Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan pembacanya akan mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun. Para ulama Al-Quran bersepakat mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga perkara.Salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.Perkataan rukun bermaksud yang perlu ada pada sesuatu, sekiranya tiada Allah tidak akan menerima perbuatan dan amalan tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan al-Quran hanya dianggap betul sekiranya berpandukan salah satu mashaf-mashaf uthmani sahaja.


3. Merangkumi tujuh huruf Al-Quran Salah satu keistimewaan rasm uthmani kerana kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat.

Terdapat hadis yang menerangkan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf sebagaimana sabda baginda S.A.W yang bermaksud:

 “ Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah menceritakan kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku Ubayd Allah bin Abd Allah, bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Jibril a.s. telah mengajarkan kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa meminta ditambahkan, dan akhirnya ia menambah kepadaku sehingga selesai tujuh huruf”.

Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh cara bacaan yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada mufrad, muthanna atau jama’ dan sama ada mudhakkar atau muannath, samaada tebal, nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya.


4. Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.

Satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu diutamakan dalam penulisan Al-Quran kerana ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Al-Quran oleh Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril a.s.Semasa Rasulullah melakukan semakan terakhir al-quran kepada malaikat Jibril a.s., Zayd bin Thabit turut bersama-sama baginda.Oleh itu Zayd bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan al-Quran oleh khalifah Abu Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a.Maka Zayd menulis berpandukan kepada apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir.


5. Salah satu dari mukjizat Al-Quran.

Setiap huruf-huruf Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T semata-mata.Sebarang penambahan atau pengurangan terhadap huruf-hurufnya bererti seseorang itu telah menambah atau mengurangkan mukjizat Al-Quran dan sekiranya ia berlaku sudah pasti orang yang melakukannya bertanggungjawab di akhirat kelak.Oleh itu, rasm uthmani sangat perlu diberikan keutamaan dalam penulisan Al-Quran supaya kaedah penulisan tersebut betul mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Selain itu, Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.


KESIMPULANNYA

           Berdasarkan perbincangan diatas,Dapat kita mengetahui bahawa usul qiraat merupakan satu ilmu yang sangat penting sama seperti ilmu tajwid.Usul qiraat hanyalah pengenalan kepada ilmu qiraat yang jauh lebih panjang lagi perbahasannya.Usul qiraat juga tidak boleh dipandang rendah khususnya kita sebagai pelajar dalam bidang Al-quran.Pelajar yang mempunyai kemahiran dalam bidang qiraat ini akan lebih mudah untuk mengetahui isi-isi al-quran itu sendiri.Kesannya,pelajar akan lebih menghayati ayat-ayat suci Al-quran kerana mereka mengetahui lebih banyak pengetahuan tentang Al-quran berbanding orang lain.Kesimpulannya,kami berharap agar pelajar terus belajar ilmu Usul Qiraat ini supaya pelajar dapat menpelajari Al-quran dengan lebih mendalam lagi.Sekian.


RUJUKAN :

- ILMU QIRAAT AL-QURAN (DR.ANDAS ABDUL MALIK YAMIN )

- QIRAAT ASSABI' AL-MASYHUROH (SOBIR HASAN ABU SULAIMAN)

- AL-QIRAAT AHKAMUHA MASDORUHA ( DR. SYA'BAN MUHAMMAD                                     ISMAIL)

- https://kiasedu.hex.my/index.php/penerbitan/jurnal-terbitan-kias?layout=edit&id=76

1 comment: